Bagi menyemarakan lagi Gerakan Membaca Buku KZ satu penyampaian lapan buah buku tulisan saya kepada murid-murid Sinaran Mutiara KOMSTAR diadakan. Hal ini bertujuan buku-buku itu dapat digunakan dalam Program Membaca KZ yang berlangsung pada setiap hari Khamis.
Gerakan Membaca KZ
Selasa, 2 Oktober 2012
Kem Membaca 1 MALAYSIA 2011
Gerakan Menbaca KZ bermula apabila saya mengikuti Kursus NPQEL di IAB, Utara pada tahun 2011. Semasa mengikuti Kursus NPQEL setiap peserta dikehendaki melaksanakan satu program di sekolah masing-masing. Kebetulan pada masa itu terdapat satu arahan untuk pihak sekolah melaksanakan Kem Membaca 1 Malaysia. Justeru itu, saya telah memilih program ini sebagai tugasan untuk saya melengkapkan program sandaran saya.
Semasa program....(sambung) penyampaian buku melalui Program Wakaf Buku
Selain itu, semasa majlis perasmian satu resensi buku telah .....
Selain itu, semasa majlis perasmian satu resensi buku telah .....
Ahad, 27 Mei 2012
KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA
Pada era globalisasi ini, pendidikan
dalam semua lapisan masyarakat semakin penting dan diutamakan. Walaupun
pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan membaca
namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui pembacaan,
seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung
dapat membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan
masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu
sahaja hasrat masyarakat untuk menjadikan negara kita negara maju pasti akan
terganggu. Pengamalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat akan
mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan
masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan
Ilmu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Hal ini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.
Budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.
Membaca juga dapat memenuhi masa
lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang
perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca
sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai
hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada
seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita
melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa
lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak
mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu bas. Oleh
itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa
dengan amalan membaca.
Budaya membaca dapat membantu
memajukan negara. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang
tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Lanjutan itu, negara
kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun
yang maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis
barangan yang berfungsi secara automatik. Membaca akan menambahkan ilmu
pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam
memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila
sektor-sektor dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti
Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita akan layak bersaing
dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya
menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita
dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam keadaan yang
lebih baik.
Kesimpulannya, budaya membaca banyak
mempunyai faedah kepada individu mahupun negara. Melalui membaca kita akan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu
bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang malah
dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah
dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan
hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk
budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak
kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa juga
bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan banyak membaca
buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti
perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca
juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan,
negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang
wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang
celik ilmu dapat dilahirkan.
Daripada : Blog Cikgu Zainafsiah http://zaizak69.blogspot.com
Nukilan : Lim Zhi Kheng – 5 Berlian
2011
Langgan:
Catatan (Atom)